Kisah sebagai pelajar
universiti saya bermula selepas memeriksa keputusan UPU saya masa waktu rehat
kerja. Sebelum saya masuk ke UUM, saya berkerja sebagai pembantu dapur di
Kingwood Hotel sebab nak cari berlanja sendiri. Biasalah, selepas habis
tingkatan enam mestilah nak cari kerja. Makan dan tidur menghabiskan duit mak
bapa bukan cara saya. Sambung balik kisah nak masuk UUM, pada asalnya saya tak
nak sambung berlajar sebab saya nak kerja terus. Pendapat saya masa tu, saya
tak nak menghabiskan duit mak bapa sebab saya tahu nak cari seringgit tu pun
susah. Saya memberitahu keputusan kepada kedua-dua mak dan bapa saya tentang
keputusan saya tu,mak saya pun bertanya, “nak kerja apa kalau tak belajar?”,
saya menjawab, “nak kerja kat hotel”. Mak terdiam dan memberi satu kata yang
masih saya ingat sampai sekarang iaitu “dalam
keluarga kita cuma kamu seorang sahaja nak berlajar, kalau bukan kamu siapa
lagi nak membangunkan keluarga kita”. Saya terdiam dan keesokan harinya,
saya memberitahu saya nak sambung berlajar. Saya memberitahu, saya dapat
tawaran dari UUM di Kedah. Riaksi mak masa tu memang terkejut sebab dia tahu
Kedah memang jauh.
Semester Pertama
Semester pertama
bergelar seorang mahasiswa di UUM merupakan semester yang panjang dan mempunyai
kenangan hitam tersendiri bagi saya. Saya ke UUM cuma bertemankan sepupu saya
Stanley dan kawan Teng Yuan Leng. Kami bertiga dari sekolah menengah yang sama
iaitu SMK Sungai Merah Sibu. Kenangan hitam saya pada semester ini apabila saya
menerima berita dari adik saya bahawa rumah kami terbakar. Sehari selepas
menerima berita itu, saya balik ke Sibu. Aku menemankan ibu ke balai polis dan
balai bomba untuk membuat laporan. Saya berada di Sibu selama 4 hari dan balik
semula ke UUM untuk meneruskan perjuangan ku sebagai pelajar dan memenuhi
kehendak ibu dan bapa saya. Sepanjang semester itu semangat belajar saya
menurun, ibu selalu menghubungi saya menanyakan berita kerana risau dengan
keaadaan saya di tempat orang.
Semester Kedua
Pada semester kedua ini
saya mula berkenalan dengan senior-senior dari Sarawak. Senior yang rapat
dengan saya adalah Howard, Lawrences, Luat, Barry dan Audrey. Saya dibawa
memancing dan memukat di sungai belakang DPP Mas setiap hari jumaat dan sabtu.
Semester ini ialah antara semester yang seronok sebab mendapat kawan baru dari
Sarawak. Maklumlah, semasa semester pertama tiada banyak kawan dari Sarawak. Kehadiran
mereka sedikit sebanyak memulihkan semangat belajar saya sebab mereka selalu
memberi nasihat kepada saya untuk lebih fokus dalam pelajaran.
Semester Ketiga
Pada semester ketiga,
saya mula berjinak-jinak aktif dengan Persatuan Anak-anak Sarawak UUM. Saya
mengikuti persatuan ini disarankan oleh senior sebab objektif persatuaan ini
mementikan kebajikan anak Sarawak di UUM. Selain itu, saya ingin membalas jasa
persatuan sebab banyak membantu saya sepanjang saya semester satu. Saya telah
mengikuti banyak program yang dianjurkan oleh persatuan ini. Antara pengalaman
manis bersama persatuan ini pada semester ini ialah semua anak Sarawak yang
aktif dalam persatuan pergi ke Pulau Langkawi semasa cuti pertengahan semester.
Pergi ke pulau Langkawi merupakan pengalaman pertama saya ke pulau dan ke
pantai sebab tak pernah keluar dari daerah Sibu untuk melancong.
Semester Keempat
Pada semester ini,
tidak banyak pngalaman diperolehi. Saya pergi ke pulau Langkawi kali kedua
dengan kawan-kawan Sarawak semasa cuti pertengahan semester. Buat kali pertama,
lawatan kali ini saya menaiki kereta kabel. Perasaan takut menyelubungi hati
sebab saya gayat. Tetapi, saya mencabar diri sendiri untuk mengatasi perasaan
takut pada ketinggian. Sepanjang naik ke puncak, saya cuba memberanikan diri
sebab malu dengan kawan perempuan yang lain tidak berasa takut. Saya diperli
setiap kali saya memejamkan mata dan sampai sekarang perkara tersebut diungkit
setiap kali lepak bersama mereka.
Semester Kelima
Pada semester kelima di
Universiti Rimba Hijau merupakan satu semester yang sukar kerana banyak tugasan
luar yang dibagi pensyarah untuk tugasan akademik. Ini merupakan kali pertama
saya berurusan dengan syarikat pembuatan. Satu pengalaman yang berharga dan
berguna kepada saya apabila keluar dari universiti. Banyak perkara yang saya
pelajari seperti membuat urusan surat-menyurat dan protokol temubual. Kesedaran
saya timbul bahawa pensyarah memberi tugasan bukan sekadar menyusahkan pelajar,
tetapi untuk menyenangkan pelajar apabila berada dalam alam perkerjaan. Buat kali
pertama juga saya tidak balik ke Sarawak semasa cuti semester selama sebulan
dan tinggal sementara di DPP TNB. Sepanjang tinggal di DPP TNB, saya mendapat
kawan dari Nigeria iaitu Ismalwel merupakan pelajar jurusan kewangan tahun ke
dua. Aktiviti sepanjang cuti di UUM, saya pergi ke gimnasium UUM dengan
Ismalwel dan pergi memukat ikan dengan kawan Sabah saya Mor dan Reff di sungai
dalam UUM. Ikan yang diperolehi kami masak bersama di dalam bilik.
Semester Keenam
Semester keenam, satu
semester yang sukar kerana subjek yang saya ambil agak sukar. Saya mengurangkan
aktiviti luar. Saya banyak meluangkan masa menyiapkan tugasan yang dibagi
kerana tugasan dibagi kepada kami memerlukan penyelidikkan. Semester ini terasa
berlalu dengan pantas disebabakan banyak kerja yang perlu disiapkan. Usaha saya
sepanjang semester tersebut tidak sia-sia setelah mendapat keputusan yang
diharapkan.
do visit our website
ReplyDeletehttp://adhocsarawakuum.weebly.com/