Wednesday, 28 October 2015

Gadjet Saya Ada Kepentingannya Tersendiri

Seperti orang lain, saya mempunyai gadjet saya tersendiri. Setiap gadjet saya mempunyai nilainya tersendiri dan kepentingannya tersendiri. Saya tidak mempunyai banyak gadjet, gadjet saya cuma komputer riba, jam tangan dan telefon pintar.

Sebagai pelajar di IPT, komputer riba bukan menjadi kehendak tertapi menjadi keperluan. Komputer riba saya ini berusia 3 tahun 2 bulan, memang agak uzur tertapi jasanya memang banyak dalam menyiapkan segala tugasan akademik, menghiburkan ketika lapang, mencari maklumat dan mengakses media sosial. Komputer riba saya berjenama ASUS X401A, saya membeli komputer riba ini semasa saya semester pertama selepas menerima duit pinjaman PTPTN. Faktor saya memberi komputer riba ini disebabkan pada ketika itu jenama ASUS memang terkenal dan tahan lasak. Memang terbukti tahan lasak jika dibanding jenama ACER, kerana kawan saya menggunakan ACER sudah berapa kali di format tetapi dengan saya tidak pernah lagi. Saya membeli komputer riba ini di Sentosa Mall Alor Setar dengan harga RM1,500. Selain itu, saya membeli komputer riba ini disebabkan warnanya menarik iaitu berwarna putih. Sebenarnya, saya tidak mempunyai pengatahuan secara mendalam tentang teknologi semasa membeli komputer riba ini. Oleh itu, saya meminta kawan saya Charles memberi cadangan komputer riba mana yang sesuai dengan saya kerana Charles lebih mengetahui teknologi terbaru jika dibandingkan dengan saya. Ciri-ciri komputer riba ini adalah kebesaran skrinnya 14 inch, kekuatan enjin 1.8 Intel Pentium, bateri dapat tahan selama 4 jam dan 1.86 kilogram.


Selain daripada komputer riba, telefon pintar juga menjadi satu keperluan setiap orang. Hal ini disebabkan untuk mencari maklumat, menghubungi orang, hiburan dan sebagainya kebanyakannya mengunakan telefon pintar sahaja. Sebagai pelajar seperti saya, telefon pintar digunakan untuk memuat turun nota kuliah dan sebagai medium pembincangan tugasan dengan mengunakan aplikasi WhatsApp, WeChat dan Facebook. Telefon pintar saya berjenama Lenovo, model A590 cuma berharga RM 300. Sebagai pelajar beli gadjet yang murah sahaja dah cukup kerana nak beli yang mahal seperti jenama Apple sememangnya tidak mampu. Maklumlah, semua pembelanjaan ditanggung oleh ibubapa. Saya memilih telefon pintar ini disebabkan murah, bentuk yang menarik dan nipis. Saya tidak memilih telefon pintar berdasarkan kemampuan kamera kerana telefon pintar yang mempunyai kamera yang berkualiti ditawarkan dengan harga yang mahal. Pengalaman menggunakan telefon pintar ini adalah apabila saya dan kawan saya sesat di Alor Setar telah menggunakan aplikasi Waze untuk mencari jalan balik ke UUM.



Kata orang masa itu emas, pada pendapat saya setiap orang perlu memakai jam tangan. Memakai jam tangan memang penting untuk menunjukkan seseorang jenis menepati masa tetapi terutamanya sebagai pelajar. Waktu kelas dan waktu pembincangan memang penting ditepati untuk menunjukkan seseorang itu serius dalam pelajaran dan dalam tugasan. Jam yang saya guna seperti tertera gambar diatas iaitu CASIO. Jam yang saya guna tahan lasak sebab saya yang kasar dan meminati sukan, terutama gimnasium. Jam ini mempunyai nilai tersendiri kerana ia merupakan satu hadia. Oleh sebab itu saya sayang jam ini dan memakainya setiap hari bagi menunjukkan saya membesar hati menerima hadiah jam tersebut. Dalam gimnasium saya menggunakannya bagi mengukur tempoh rehat saya setiap set senaman. Selain itu, menggunakan jam juga menjadi satu fesyen bagi menglengkapkan penampilan saya. Jika tidak memakai jam, saya berasa ada sesuatu kurang dalam penampilan saya.


1 comment:

  1. Halo Bossku ^^
    Segera Daftarkan ID di ibu21,com
    Menyediakan 8 Permainan Hanya Dengan 1 ID
    Serta Tersedia Promo Menarik
    Bonus Turn Over Terbesar
    Bonus Refferal Seumur Hidup
    Minimal Deposit Hanya 25Rb
    BBM : csibuqq
    WA : +855 88 780 6060
    Di Tunggu Kehadirannya Bossku ^^

    ReplyDelete