Salam sejahtera semua,
selamat datang ke blog ni. Entry pertama blog ni tentang buah dabai. Buah dabai?
Buah apa tu? Soalan yang saya terima dua hari lepas dari kawan semenanjung
saya, Rizam. Persoalan ni timbul tengah sedap sembang pasal makanan kat kafe. Aku
tanya Rizam, awak dah makan tak buah dabai. Aku terangkan dekat dia bentuk,
rasa, cara masak dan dekat kawasan mana pokok dabai tumbuh.
sumber: google
Gambar diatas merupakan rupa sebenar buah dabai. Kulit
buah ini berwarna hitam dan isinya berwarna kuning atau putih. Rasanya pula ada
yang masam sedikit dan ada yang tawar. Orang kampung aku kata, rasa buah ni
berbeza ikut macam mana kita jaga pokok dabai tu. Ccontohnya, ada bagi baja ke
tak. Biasanya pokok dabai ini biasa tumbuh dikawasan tanah berbukit dan
bertanah pamah. Ketinggian nya boleh mencecah tujuh ke sepuluh meter. Cara penanaman
buah ni senang sahaja, pokok ni boleh tumbuh dengan bijinya sahaja. Cuma baling
ke tanah, tunggu kira-kira tiga minggu, anak pokok dabai akan tumbuh. Anak pokok
boleh dipindahkan ke kawasan yang bersesuaian. Kalau tanam anak pokok dabai ni,
perlu rajin cabut rumput sekelilingnya sebab takut pokok ni kalah dalam persaingan
mendapat sumber air.
Cerita macam mana nak masak buah ni pula, struktur
isi buah keras. Buah ini perlu direndam dengan air suam sahaja, lebih kurang
60-80 darjah celcius selama 10-15 minit. Selain itu, dengan kaedah menjemur
dibawah matahari pun boleh, tapi mengambil masa agak lama. Selepas isi dabai
lembut, ia boleh dimakan dengan mencicah dengan kicap, cili padi dan gula. Kalau
goreng dengan tempoyak pun sedap, memang gabungan yang mantap tambahan pulak
makan dengan nasi panas.
Kalau nak cuba makan buah ni, datanglah ke Sarawak. Tapi
perlu datang pada bulan Julai, Ogos dan Desember. Sebab buah ni keluar ada
musimnya. Harga sekilo biasanya RM10-RM25. Kahsiatnya?? buah ni sangat kaya dengan kandungan antioksida yang
berkhasiat dan tinggi seperti buah
zaitun dan baik untuk kesihatan tubuh badan.
sangat betullll...td google tjmpa blog awk ni. tliur plak tgok buah dabai ni
ReplyDeleteHalo Bossku ^^
ReplyDeleteSegera Daftarkan ID di ibu21,com
Menyediakan 8 Permainan Hanya Dengan 1 ID
Serta Tersedia Promo Menarik
Bonus Turn Over Terbesar
Bonus Refferal Seumur Hidup
Minimal Deposit Hanya 25Rb
BBM : csibuqq
WA : +855 88 780 6060
Di Tunggu Kehadirannya Bossku ^^