Wednesday, 28 October 2015

Gadjet Saya Ada Kepentingannya Tersendiri

Seperti orang lain, saya mempunyai gadjet saya tersendiri. Setiap gadjet saya mempunyai nilainya tersendiri dan kepentingannya tersendiri. Saya tidak mempunyai banyak gadjet, gadjet saya cuma komputer riba, jam tangan dan telefon pintar.

Sebagai pelajar di IPT, komputer riba bukan menjadi kehendak tertapi menjadi keperluan. Komputer riba saya ini berusia 3 tahun 2 bulan, memang agak uzur tertapi jasanya memang banyak dalam menyiapkan segala tugasan akademik, menghiburkan ketika lapang, mencari maklumat dan mengakses media sosial. Komputer riba saya berjenama ASUS X401A, saya membeli komputer riba ini semasa saya semester pertama selepas menerima duit pinjaman PTPTN. Faktor saya memberi komputer riba ini disebabkan pada ketika itu jenama ASUS memang terkenal dan tahan lasak. Memang terbukti tahan lasak jika dibanding jenama ACER, kerana kawan saya menggunakan ACER sudah berapa kali di format tetapi dengan saya tidak pernah lagi. Saya membeli komputer riba ini di Sentosa Mall Alor Setar dengan harga RM1,500. Selain itu, saya membeli komputer riba ini disebabkan warnanya menarik iaitu berwarna putih. Sebenarnya, saya tidak mempunyai pengatahuan secara mendalam tentang teknologi semasa membeli komputer riba ini. Oleh itu, saya meminta kawan saya Charles memberi cadangan komputer riba mana yang sesuai dengan saya kerana Charles lebih mengetahui teknologi terbaru jika dibandingkan dengan saya. Ciri-ciri komputer riba ini adalah kebesaran skrinnya 14 inch, kekuatan enjin 1.8 Intel Pentium, bateri dapat tahan selama 4 jam dan 1.86 kilogram.


Selain daripada komputer riba, telefon pintar juga menjadi satu keperluan setiap orang. Hal ini disebabkan untuk mencari maklumat, menghubungi orang, hiburan dan sebagainya kebanyakannya mengunakan telefon pintar sahaja. Sebagai pelajar seperti saya, telefon pintar digunakan untuk memuat turun nota kuliah dan sebagai medium pembincangan tugasan dengan mengunakan aplikasi WhatsApp, WeChat dan Facebook. Telefon pintar saya berjenama Lenovo, model A590 cuma berharga RM 300. Sebagai pelajar beli gadjet yang murah sahaja dah cukup kerana nak beli yang mahal seperti jenama Apple sememangnya tidak mampu. Maklumlah, semua pembelanjaan ditanggung oleh ibubapa. Saya memilih telefon pintar ini disebabkan murah, bentuk yang menarik dan nipis. Saya tidak memilih telefon pintar berdasarkan kemampuan kamera kerana telefon pintar yang mempunyai kamera yang berkualiti ditawarkan dengan harga yang mahal. Pengalaman menggunakan telefon pintar ini adalah apabila saya dan kawan saya sesat di Alor Setar telah menggunakan aplikasi Waze untuk mencari jalan balik ke UUM.



Kata orang masa itu emas, pada pendapat saya setiap orang perlu memakai jam tangan. Memakai jam tangan memang penting untuk menunjukkan seseorang jenis menepati masa tetapi terutamanya sebagai pelajar. Waktu kelas dan waktu pembincangan memang penting ditepati untuk menunjukkan seseorang itu serius dalam pelajaran dan dalam tugasan. Jam yang saya guna seperti tertera gambar diatas iaitu CASIO. Jam yang saya guna tahan lasak sebab saya yang kasar dan meminati sukan, terutama gimnasium. Jam ini mempunyai nilai tersendiri kerana ia merupakan satu hadia. Oleh sebab itu saya sayang jam ini dan memakainya setiap hari bagi menunjukkan saya membesar hati menerima hadiah jam tersebut. Dalam gimnasium saya menggunakannya bagi mengukur tempoh rehat saya setiap set senaman. Selain itu, menggunakan jam juga menjadi satu fesyen bagi menglengkapkan penampilan saya. Jika tidak memakai jam, saya berasa ada sesuatu kurang dalam penampilan saya.


Kisah Berlajar di Universiti Rimba Hijau (Universiti Utara Malaysia)

Kisah sebagai pelajar universiti saya bermula selepas memeriksa keputusan UPU saya masa waktu rehat kerja. Sebelum saya masuk ke UUM, saya berkerja sebagai pembantu dapur di Kingwood Hotel sebab nak cari berlanja sendiri. Biasalah, selepas habis tingkatan enam mestilah nak cari kerja. Makan dan tidur menghabiskan duit mak bapa bukan cara saya. Sambung balik kisah nak masuk UUM, pada asalnya saya tak nak sambung berlajar sebab saya nak kerja terus. Pendapat saya masa tu, saya tak nak menghabiskan duit mak bapa sebab saya tahu nak cari seringgit tu pun susah. Saya memberitahu keputusan kepada kedua-dua mak dan bapa saya tentang keputusan saya tu,mak saya pun bertanya, “nak kerja apa kalau tak belajar?”, saya menjawab, “nak kerja kat hotel”. Mak terdiam dan memberi satu kata yang masih saya ingat sampai sekarang iaitu “dalam keluarga kita cuma kamu seorang sahaja nak berlajar, kalau bukan kamu siapa lagi nak membangunkan keluarga kita”. Saya terdiam dan keesokan harinya, saya memberitahu saya nak sambung berlajar. Saya memberitahu, saya dapat tawaran dari UUM di Kedah. Riaksi mak masa tu memang terkejut sebab dia tahu Kedah memang jauh.

Semester Pertama
Semester pertama bergelar seorang mahasiswa di UUM merupakan semester yang panjang dan mempunyai kenangan hitam tersendiri bagi saya. Saya ke UUM cuma bertemankan sepupu saya Stanley dan kawan Teng Yuan Leng. Kami bertiga dari sekolah menengah yang sama iaitu SMK Sungai Merah Sibu. Kenangan hitam saya pada semester ini apabila saya menerima berita dari adik saya bahawa rumah kami terbakar. Sehari selepas menerima berita itu, saya balik ke Sibu. Aku menemankan ibu ke balai polis dan balai bomba untuk membuat laporan. Saya berada di Sibu selama 4 hari dan balik semula ke UUM untuk meneruskan perjuangan ku sebagai pelajar dan memenuhi kehendak ibu dan bapa saya. Sepanjang semester itu semangat belajar saya menurun, ibu selalu menghubungi saya menanyakan berita kerana risau dengan keaadaan saya di tempat orang.

Semester Kedua
Pada semester kedua ini saya mula berkenalan dengan senior-senior dari Sarawak. Senior yang rapat dengan saya adalah Howard, Lawrences, Luat, Barry dan Audrey. Saya dibawa memancing dan memukat di sungai belakang DPP Mas setiap hari jumaat dan sabtu. Semester ini ialah antara semester yang seronok sebab mendapat kawan baru dari Sarawak. Maklumlah, semasa semester pertama tiada banyak kawan dari Sarawak. Kehadiran mereka sedikit sebanyak memulihkan semangat belajar saya sebab mereka selalu memberi nasihat kepada saya untuk lebih fokus dalam pelajaran.

Semester Ketiga
Pada semester ketiga, saya mula berjinak-jinak aktif dengan Persatuan Anak-anak Sarawak UUM. Saya mengikuti persatuan ini disarankan oleh senior sebab objektif persatuaan ini mementikan kebajikan anak Sarawak di UUM. Selain itu, saya ingin membalas jasa persatuan sebab banyak membantu saya sepanjang saya semester satu. Saya telah mengikuti banyak program yang dianjurkan oleh persatuan ini. Antara pengalaman manis bersama persatuan ini pada semester ini ialah semua anak Sarawak yang aktif dalam persatuan pergi ke Pulau Langkawi semasa cuti pertengahan semester. Pergi ke pulau Langkawi merupakan pengalaman pertama saya ke pulau dan ke pantai sebab tak pernah keluar dari daerah Sibu untuk melancong.

Semester Keempat
Pada semester ini, tidak banyak pngalaman diperolehi. Saya pergi ke pulau Langkawi kali kedua dengan kawan-kawan Sarawak semasa cuti pertengahan semester. Buat kali pertama, lawatan kali ini saya menaiki kereta kabel. Perasaan takut menyelubungi hati sebab saya gayat. Tetapi, saya mencabar diri sendiri untuk mengatasi perasaan takut pada ketinggian. Sepanjang naik ke puncak, saya cuba memberanikan diri sebab malu dengan kawan perempuan yang lain tidak berasa takut. Saya diperli setiap kali saya memejamkan mata dan sampai sekarang perkara tersebut diungkit setiap kali lepak bersama mereka.

Semester Kelima
Pada semester kelima di Universiti Rimba Hijau merupakan satu semester yang sukar kerana banyak tugasan luar yang dibagi pensyarah untuk tugasan akademik. Ini merupakan kali pertama saya berurusan dengan syarikat pembuatan. Satu pengalaman yang berharga dan berguna kepada saya apabila keluar dari universiti. Banyak perkara yang saya pelajari seperti membuat urusan surat-menyurat dan protokol temubual. Kesedaran saya timbul bahawa pensyarah memberi tugasan bukan sekadar menyusahkan pelajar, tetapi untuk menyenangkan pelajar apabila berada dalam alam perkerjaan. Buat kali pertama juga saya tidak balik ke Sarawak semasa cuti semester selama sebulan dan tinggal sementara di DPP TNB. Sepanjang tinggal di DPP TNB, saya mendapat kawan dari Nigeria iaitu Ismalwel merupakan pelajar jurusan kewangan tahun ke dua. Aktiviti sepanjang cuti di UUM, saya pergi ke gimnasium UUM dengan Ismalwel dan pergi memukat ikan dengan kawan Sabah saya Mor dan Reff di sungai dalam UUM. Ikan yang diperolehi kami masak bersama di dalam bilik.

Semester Keenam

Semester keenam, satu semester yang sukar kerana subjek yang saya ambil agak sukar. Saya mengurangkan aktiviti luar. Saya banyak meluangkan masa menyiapkan tugasan yang dibagi kerana tugasan dibagi kepada kami memerlukan penyelidikkan. Semester ini terasa berlalu dengan pantas disebabakan banyak kerja yang perlu disiapkan. Usaha saya sepanjang semester tersebut tidak sia-sia setelah mendapat keputusan yang diharapkan.

Saturday, 17 October 2015

BUAH DABAI

Salam sejahtera semua, selamat datang ke blog ni. Entry pertama blog ni tentang buah dabai. Buah dabai? Buah apa tu? Soalan yang saya terima dua hari lepas dari kawan semenanjung saya, Rizam. Persoalan ni timbul tengah sedap sembang pasal makanan kat kafe. Aku tanya Rizam, awak dah makan tak buah dabai. Aku terangkan dekat dia bentuk, rasa, cara masak dan dekat kawasan mana pokok dabai tumbuh.
sumber: google
Gambar diatas merupakan rupa sebenar buah dabai. Kulit buah ini berwarna hitam dan isinya berwarna kuning atau putih. Rasanya pula ada yang masam sedikit dan ada yang tawar. Orang kampung aku kata, rasa buah ni berbeza ikut macam mana kita jaga pokok dabai tu. Ccontohnya, ada bagi baja ke tak. Biasanya pokok dabai ini biasa tumbuh dikawasan tanah berbukit dan bertanah pamah. Ketinggian nya boleh mencecah tujuh ke sepuluh meter. Cara penanaman buah ni senang sahaja, pokok ni boleh tumbuh dengan bijinya sahaja. Cuma baling ke tanah, tunggu kira-kira tiga minggu, anak pokok dabai akan tumbuh. Anak pokok boleh dipindahkan ke kawasan yang bersesuaian. Kalau tanam anak pokok dabai ni, perlu rajin cabut rumput sekelilingnya sebab takut pokok ni kalah dalam persaingan mendapat sumber air.

Cerita macam mana nak masak buah ni pula, struktur isi buah keras. Buah ini perlu direndam dengan air suam sahaja, lebih kurang 60-80 darjah celcius selama 10-15 minit. Selain itu, dengan kaedah menjemur dibawah matahari pun boleh, tapi mengambil masa agak lama. Selepas isi dabai lembut, ia boleh dimakan dengan mencicah dengan kicap, cili padi dan gula. Kalau goreng dengan tempoyak pun sedap, memang gabungan yang mantap tambahan pulak makan dengan nasi panas.

Kalau nak cuba makan buah ni, datanglah ke Sarawak. Tapi perlu datang pada bulan Julai, Ogos dan Desember. Sebab buah ni keluar ada musimnya. Harga sekilo biasanya RM10-RM25. Kahsiatnya?? buah ni sangat kaya dengan kandungan antioksida yang berkhasiat  dan tinggi seperti buah zaitun dan baik untuk kesihatan tubuh badan.

Sunday, 11 October 2015

Kenal jangan tak kenal

Salam perkenalan, nama diberi Michael Rapheal berasal dari Bumi Kenyalang Sibu Sarawak. Aku berbangsa Melanau campuran Iban. Campuran? Bangsa Melanau? Bangsa Iban?. Ada yang tak tahu Bangsa Melanau dan Iban, dan ada pula yang tahu, jawapan pertanyaan tersebut boleh ''google'' sendiri. Bapa ku berbangsa Melanau berasal dari Dalat dan Ibu ku berbangsa Iban berasal dari Sibu. Hasil berkahwinan ibubapa ku lahirlah kami 3 beradik lelaki dan aku anak yang ke-2.

Aku merupakan pelajar jurusan Pengurusan Operasi di Universiti Utara Malaysia. UUM ini lah rumah kedua ku, hampir 3 tahun aku menetap disini untuk menunaikan hasrat ibubapa ku untuk mendapat segulung ijazah. Disini aku ada keluarga juga iaitu keluarga Adhoc Sarawak. Dalam keluarga ini terdiri daripada anak-anak Sarawak seluruh daerah. Keluarga ku disini datangnya dari daerah Limbang ke Kuching. Pelbagai suka dan duka aku dah lalui di Bumi Jelapang Padi ini. Suka dan duka itu dikongsikan bersama dengan keluarga ke-2 aku disini.

Sekian, salam perkenalan ringkas dari anak Sarawak Di Jelapang Padi

Sebahagian Keluarga ku di UUM